21 Jun 2008

Antara Artikel semasa Pratikal kat Utusan Malaysia



Oleh : SARI HERMAWATI MASRUL
gambar : NAZIRAH MZIN

Produk M.A.C terus menjadi pilihan.

Wajah ibarat lukisan, manakala solekan ibarat seni yang memberikan estetika dalam sebuah lukisan. Bagai aur dengan tebing, itulah ibarat wanita dengan solekan, saling memerlukan antara satu sama lain.

Setiap wanita akan lebih sempurna dengan solekan mengikut cita rasa tersendiri, walaupun seringkas mungkin. Wajah yang dirias dengan solekan pasti memberikan setiap wanita tampil berani dan bergaya.

Antara jenama alat solekan yang menjadi pilihan masa kini adalah M.A.C. yang kerap tampil dengan rangkaian warna-warna menarik mengikut peredaran semasa.
Dengan 60 cawangan di seluruh dunia, setiap produknya akan dihasilkan dengan cara yang berlainan bagi memberikan impak yang berkesan.

Baru-baru ini bertempat di Sunway Pyramid satu promosi memperkenalkan produk baru telah diadakan yang menampilkan solekan Gold Fever Fabulous.

Tema promosi ini adalah parti ala disko dengan menampilkan selebriti Melissa Indot bersama penari Go Go Dancers.

Produk Gold Fever Fabulous adalah solekan yang tampil berahi dan berani yang bakal meledak di pasaran tidak lama lagi.

Gold Fever Fabulous memberikan solekan malam yang seksi, tetapi masih tampil menawan dan mempunyai gaya glamor serta sensual.

Menurut Pengurus Besar Jenama M.A.C Malaysia, Anna Chang, produk terbaru ini mempunyai pelbagai solekan atau mekap yang berwarna-warni seperti pelangi dan warna-warna keemasan.
Ia sesuai digayakan dalam majlis-majlis malam terutamanya wanita yang ingin tampil berani dengan solekan keemasan yang hebat.

Selain itu, Gold Fever Fabulous juga adalah mekap yang tampil berbeza dengan solekan istimewa yang unik berbanding dengan mekap atau solekan M.A.C yang terdahulu.
Utusan Malaysia

Petikan dari Utusan Malaysia (MEGA)
*Best gak p tempat cam ni dapat tengok cam2 alat2 mekap ( wpun tak reti nak bmekap..he2)
*Dapat baucer 50% semasa promosi MAC.

© SARI MEI LENN - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart