18 Ogos 2008

AYAT - AYAT CINTA


Original...Ayat-Ayat Cinta


Edisi Bahasa Melayu ( Malaysia)


Filem Ayat- Ayat Cinta

Huh….lega! Itulah yang aku rasa selepas menghabiskan masa selama 2 bulan membaca novel yang menjadi fenomena di Indonesia iaitu novel Ayat-ayat Cinta. Aku sebenarnya bukanlah suka sangat baca novel2 Indonesia jauh sekali untuk menyimpan koleksi novel Indonesia. Tapi kalau puisi dan lagu2 Indonesia ok gak terutama penyair hebat Chairil Anwar (aku memang suka banget dengan dia), kumpulan Ungu, Melly Goslow dan Rossa.

Ramai kawan2 dan pensyarah aku cakap novel Ayat-Ayat Cinta ni best. Banyak kali gak fikir… nak beli atau tak nak beli.. novel Ayat-Ayat Cinta? Akhirnya fikir2, aku pinjam kawan je (he2) tapi edisi bahasa Melayu (thanks Wan)..! Lepas aku baca novel Ayat-Ayat Cinta (edisi Melayu)… aku dah mula jatuh cinta pandang pertama dengan novel ini. Dalam masa yang sama lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian Rossa meletup kat radio… apalagi aku mulalah cari novel ini (nak wat koleksi) kat mana2…tapi dah abis (hu2). Akhirnya aku dapat gak novel Ayat-Ayat Cinta (edisi Indonesia)…syukur sangat!

Novel Ayat-Ayat Cinta edisi bahasa Melayu (pinjam kawan) dan edisi bahasa Indonesia (beli di seberang) menjadi novel paling lama yang pernah aku baca..(nak menghayatilah…katakan, selain sibuk pratikal). Jika dibandingkan edisi kedua-dua novel Ayat-Ayat Cinta ini, kita akan lebih memahami edisi bahasa Melayu, tetapi bagi aku edisi Indonesia lebih best dan lebih menyentuh jiwa dari segi aspek gaya bahasa.. (wp susah nak paham gak).

Ayat-Ayat Cinta adalah cerita mengenai agama, cinta, persahabatan dan kehidupan kisah suka duka yang dialami oleh watak utama Fahri yang menjadi rebutan tiga orang wanita iaitu Aisha, Maria dan Noura yang berlatarkan keindahan negara Mesir dan Sepanyol.

Semasa membaca novel ini, aku dah jatuh cinta dengan watak Fahri…(he2). Penulis berjaya melukiskan watak Fahri dengan sempurna terutama aspek kehidupannya selepas bergelar suami kepada Aisha dan Maria. Banyak sekali keistemewaan watak Fahri yang ditonjolkan oleh penulisnya Habiburrahman El Shirazy. Aku paling suka masa Fahri bagi ceramah free kat mamat2 Mesir yang tak tau sangat nilai agama Islam yang sebenar (adegan dalam keretapi) … dan juga first time Fahri tengok wajah Aisha..(romantisnya).

Aku mula jatuh sayang dengan watak Aisha dan kagum dengan watak Maria yang meminati Islam dan gemar membaca Al - Quran. Aisha digambarkan sebagai seorang wanita yang sempurna di mata lelaki ( cantik+beragama+bijak+jujur). Aisha mencintai Fahri dan sanggup dimadukan oleh Fahri kerana mengetahui Maria jua mencintai Fahri…sedih sangat masa Aisha suruh Fahri mengawini Maria …(aku dah nangis dah masa adegan ni terutama masa tengok Filem Ayat-Ayat Cinta)..! Apalagi semasa babak-babak romantis Fahri dan Maria (hu2)…! Kalau aku jadi Aisha…(sanggup ke?)..uwah!

Hakikatnya, banyak pengajaran dan pengetahuan yang kita akan dapat semasa baca novel ini. Aku pernah nangis, marah, geram dan tersenyum saat-saat membaca dan menonton novel serta filem Ayat-Ayat Cinta. Tapi aku rasa novel AAC lagi best dari filem AAC….! Filem AAC banyak sub plot…tapi latar dalam filem ni…memang cantik!
Tak rugi beli koleksi Ayat-Ayat Cinta ni.


Aku harap ada kwan2 dak penulisan dan ftv(filem n video)…dapat wat novel, skrip dan lirik lebih gempak dari AAC.


Benarkah Cinta Itu Menyakitkan....?

4 komen bole...x komen x apa:

benuasuluk berkata...

sari,
sebenarnya banyak novel di Malaysia yang lebih baik dari Ayat-ayat Cinta. pergi cari dan baca. Dan dah berkali-kali saya sebut mana karya Malaysia yang baik dalam kuliah.

? berkata...

betul cakap encek wan tu, karya-karya tempatan banyak yang bagus juga. tak percaya baca sahaja Shahnon sudah cukup.

p/s

kalau nak baca karya indonesia juga, cuba baca Pramoedya atau Putu Wijaya.
hehehe

Diari Kampung Tengah berkata...

Dalam movie kak jiha paling suka part bila fahri datang hospital untuk pujuk Maria bangun dan masa tu Aishah menangis. Fuh! Terasa sgt. Part dalam penjara pu best, garapan pengarah memang jadi bila sorang bantuan tu menyedarkan Fahri. Tapi dalam novel akak paling suka baca surat Noura. Siap nangis2 lagi...

RainRose berkata...

~betul kata encek wan wan tu... kite setuju, kamu just rajin mencari tapi tu lah novel sastera malaysia agak susah untuk mencuri perhatian peminatnya tapi bila dah minat tu kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...

© SARI MEI LENN - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart