02 November 2008

GEMA MERDEKA Tun Abdul Razak 2008



Frust gak aku…coz tak buat baik2 dalam seminar peta awal. Aku tak research betul2. Adoi…camanalah peta aku ni. Pening kepala…

Akhirnya 22/10/2008, Gema Merdeka Tun Abdul Razak dapat dipentaskan dengan jayanya. Syukur sangat2, kerjasama daripada semua yang terlibat dalam Gema Merdeka Tun Abdul Razak dapat disimpulkan terbaik, walaupun ada kekurangan
dari pelbagai aspek. Biasalah lah tu. Dah adat…

Hampir sebulan para pelakon, pemuzik, penari serta sebahagian tenaga produksi berkampung di ET untuk memberikan yang terbaik kepada khayalak terutama khayalak muda yang belum atau tidak mengenal perjuangan Tun Abdul Razak semasa menjadi Perdana Menteri ke 2. Walaupun agak singkat (5 tahun), kepimpinan Tun Abdul Razak namun jasanya dalam pembangunan negara begitu besar bagi kita dan generasi seterusnya. Beliaulah Bapa Pembangunan Malaysia. Al Fatihah.

Tun Abdul Razak dilakonkan oleh Abang Remy (Pensyarah Fakulti Teater),wah2 bersungguh2 Abg Remy menjayakan watak Tun Abdul Razak. Memang berjaya terutama skill suara dan mimik muka. Tapi takut gak masa tengok Tun Abdul Razak ( Abg Remy) dan Tun Ismail ( Salleh) naik basikal. Bayangkankah kalau mereka jatuh…he2. Nasib baik tak….! Tahniah wat pelakon, penari dan pemuzik serta vocal. Gabungan graduan dan pelajar dalam aspek lakonan memang best. Masing2 berjaya membawa watak yang diilhamkan untuk mereka. Cuma aku agak frust…watak Tun Abdul Razak semasa kecil dimatikan!

Pasal Skrip….NO KOMEN. Alah yang penting skrip dah dipentaskan…OK le TU!
Lagu2 yang ditampilkan boleh dikatakan OK sesuai dengan para penari . Aku paling suka lagu last tu. Sempatlah masa show pertama…mengalirkan airmata…hu2. Sensitif konon. Yang pentingnya Pengarah dapat mengarah dengan baik… walaupun dia agak tegas…dengan pelakon. (Kalau tak…pelakon naik minyak…). Tapi Wan ni…tegas2 pun giler2 gak..! Best gak kerja dengan graduan2 ni. Tak sombong!

Aku…he2…! Aku sebenarnya tak nak terlibat dalam pementasan ni. Memang awalnya aku nak terlibat... n semangat ni tapi last2 aku nak tarik diri. Sebab apa…tak perlu tahu lah. Tapi last2 aku terlibat gak dalam pemasaran. Itupun sokongon dari pensyarah dan nak jaga nama baik PENULISAN. Kalau tak….aku dah lama chau.

Kesimpulannya…semuanya OK. Biasalah lah tu…adat berselisah sikit. Kecil hati pun… pendam je.
Tahniah pada Pengarah, Penulis Skrip dan Olahan Skrip… juga pada semua yang terlibat.




2 komen bole...x komen x apa:

benuasuluk berkata...

Meedeka ke merdeka? Ke mendeka?
:)

Sari Dahlia berkata...

SALAH EJA LAH

© SARI MEI LENN - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart