22 Disember 2008

TEATER TUAH


 Barisan Pelakon Teater Tuah

Selama 2 bulan, aku dan kwan2 kerja keras untuk wat teater TUAH, pastu masa show 21.12.2008, aku tak de pulak (masa tu dalam feri), frust sangat aku. Menangis pun, aku sempat gak. Aku menyesal sebab tak jumpa dak2 tu, aku nak sangat jumpa dorang. Nak bagi ole2, tapi ape leh wat. Semua tu dah berlalu. Nasib baik gak pengarah dan kwan2 lain, tak marah aku…aku pun tak tahu nak salahkan sape. ASWARA? Ya kot…entahlah,tapi benda dah jadi? Nak wat apa lagi. Tapi aku memang frust……emmm?

Selama 2 bulan, aku kerja dengan budak2 yang berusia 10 tahun, pening? Memang aku pening, kadang-kadang sakit kepala, kadang2 rasa nak menjerit aje, bila nak uruskan dorang ni. Memang tak makan saham punye. Tapi dorang kan kanak-kanak, memang perangai nakal tak dapat disangkal lagi. Tapi disebalik kenakalan dorang, aku suka sangat dengan dorang. Dak 2 ni wat aku ketawa, wat aku sayang dengan dorang dan pastinya wat aku macam rasa jadi kanak-kanak lagi…he2. Best sangat dengan dorang ni. Aku tak rasa rugi pun ikut teater ni.

Bagi aku teater TUAH ni banyak bagi aku pengalaman untuk berhadapan dengan diri sendiri dan orang ramai terutama kanak-kanak. Bagi aku pengalaman ini jua berjaya membuatkan aku menjadi matang. Aku ni umur je 24 tahun, tapi perangai….aduh! Kata My Sis..jangan kawinlah..kalau perangai D cam ni. Err...sewel punya kakak.

Teater Tuah, adalah mengenai kisah lima pahlawan yang yang terkenal dalam Sejarah Melayu. Teater ini adalah idea asal dari Pengarah (Nawfal), tetapi skrip dibuat dan diolah semula oleh Kak Jie ( Rozie) dari Fakulti Penulisan.Teater ini dilakonkan oleh kanak-kanak dan jua pelajar ASWARA. Selain itu, teater ini jua mempunyai elemen muzik yang diadun dengan melodi tradisional dan moden yang dijayakan oleh pelajar muzik tahun 3. Selain muzik, elemen tari jua ditonjolkan dalam cerita klasik ini.

0 komen bole...x komen x apa:

© SARI MEI LENN - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart