01 Januari 2009

Oh...Pantun dan Pulau Penyengat







Lum terlambat rasanya, mengucapkan Salam MAAL HIJRAH (1430H) dan jua semestinya Happy New Year pada semua pengunjung blog. Moga azam akan tertunai untuk tahun 2009.

Tanggal 15/12/2008, aku dan kawan2 mendapat undangan untuk ke Riau, (Tanjung Pinang) kerana menyertai Kebudayaan Serumpun Melayu. Dulu, sekitar bulan 4.2008,aku dengan kawan2 buat pertama kali ke Jakarta Indonesia. Masa tu, excited sangat, dan hampir-hampir tak dapat pergi coz tak de pasport .Kini, aku, Fairuz dan Arin serta Abang Nasir bersama-sama dengan Hairul Annuar Harun iaitu Pensyarah Penulisan Lirik (memang tak lah) dan Alex ( motif bawa dia?), telah menaiki feri untuk ke Tanjung Pinang iaitu tempat berlangsungnya Peraduan Pantun Serumpun. Kami melalui Johor untuk ke sana. Ingatkan kat Johor ja.

Aku langsung tak ada ghairah untuk pergi ke sini, boleh dikatakan aku ni dipaksa dan terpaksa pergi ke Tanjung Pinang. Menyesal? Memang menyesal pun. Aku menyesal sebab tinggalkan teater Tuah, aku menyesal sebab ditipu, aku menyesal sebab buat pertama kalinya aku jumpa lelaki yang tak ada langsung etika sebagai seorang…? (no komen), aku menyesal sebab En Wan tak dapat ikut..(Sedih). Tapi yang paling aku tak suka bila aku dipaksa (push3) hingga kadang2 aku rasa nak menjerit. Akibatnya pendam sangat perasaan, kerja aku menangis je lah. Memang tak best pergi sana, bukan sebab tempat sana. Bagi aku Tanjung Pinang adalah daerah yang cantik dan semua orang kat sana baik-baik, Cuma yang tak best suasana antara kami (Team ASWARA)…semua SELFISH, yang jadi mangsa aku dan kawan2. Uhh…

Namun walaupun ada kesal di hati, tapi aku bangga gak (cikit je) coz dapat number 2… terkejut beruk aku dan kawan2 masa diumumkan ASWARA dapat num 2. Aku gembira gak. Stress memang tak usah nak cakaplah. Seminggu kat sana, aku demam,suara tak terkeluar, habis tisu coz selesma. Demam aku memang teruk. Asyik2 batuk. Lepas tu kena marah lagi, bengang betul aku. Nasib baik aku ni ada hormat lagi, kalau aku tak de hormat dengan dorang. Dah lama sumpit dorang ni (he2)..tak berani pun. Acah jak.

Selepas je menang tu, kami sempat pergi ke Melayu Square (pusat makanan Melayu). Kat sana, kami berbual dengan Pengarah terkenal Malaysia dan kawan dia ( aku lupa dah),dorang nie ok, cuma mulut laser lah. Bukannya nya nak menyokong, asyik nak membangkang je. Sedih gak bila mereka tegur, kami ni tak pandai berpantun. Sebagai orang yang lama dalam bidang seni, kata2 tu tak sepatutnya dilafaz oleh orang yang tahu etika seni. Tapi kami jadikan pengajaran.

Esoknya kami ke pulau Penyengat. Naik feri, Arin memang tak lah (penakut)… dia memang fobia dengan air. Kami pergi sana dengan abang Nasir. Yang lain, mampus tak layan. Entah ke mana menghilang… kalau ada pun, wat muka ( kalau handsome tak pelah) hu…hu…hu…jahat sari ni kan! Cam2 misteri yang kami dapat bila sampai ke sana. Istimewanya Pulau Penyengat ni ialah kerana disinilah munculnya Gurindam 12 yang ditulis oleh Raja Ali Haji iaitu pemerintah Pulau Penyengat sebelum kedatangan Belanda. Selain itu, yang menariknya tempat ini adalah tiada langsung kereta atau apa jenis kenderaan, yang ada cuma beca bermotor. Mak ai…lajunya, sikit lagi aku terkeluar cium tanah. Menjerit gak aku sekejap. Melalui beca motor tu, kami melihat pelbagai pusara keturunan Raja Ali Haji. Kami jua sempat melihat Pusat Pentadbiran Pulau Penyengat. Percaya atau tak, bangunan2 nya diperbuat dengan telur. Bayangkan berapa biji telur habis untuk menyiapkan bangunan bersejarah ini…(Pelik kan). Kami jua sempat naik tangga untuk melihat peninggalan meriam dari Belanda, tapi tak sempat nak tengok dekat. Kalau nak pergi sana, mesti melalui jambatan maut.Aku nak lalu….memang mampuslah. Hanya Abang Nasir pergi sana, Fairus mencuba pun tak dapat gak (he2). Aku dan Arin, diberi Sejuta Rupiah pun….memang tak akan pergi.Lucu gak bila kenangkan peristiwa tu. Kami jua sempat pose2 untuk kenangan. Tapi tak banyak bergambar sangat, coz aku tak da mood langsung. (Rugi rasanya)

Pelbagai pengalaman pahit dan manis.Aku dan kawan2 geram dengan YOKIES. Dah ada bini. Gila apa? Memang sewel. Apapun thanks wat kawan2. Jaga aku terutama Fairus. Sorrylah coz malam2 menjerit, aku tak tahan lah kaki aku terseliuh. Terima kasih semua….coz layan aku, sempat jua aku tanya cam mana nak cari goreng pisang. Ape lagi mengamuklah abang Nasir. Dia kata aku ni asyik2 goreng pisang. Sorry lah…selalu susahkan..he2.

Apapun benda dah jadi. Manis pahit, jadikan pengalaman.

0 komen bole...x komen x apa:

© SARI MEI LENN - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart