17 Februari 2009

Bengkel Puisi








wow..emmm! dua perkataan yang sering aku sebutkan sepanjang tiga hari berada di Kuantan Pahang sempena Bengkel Puisi anjuran Jabatan Penulisan. Masa, En Zack cakap 4 org pelajar penulisan tahun 3 terpilih iaitu Justin, Arin, Ain dan aku...kami masing2 blur dan cam tak nak terima.Aku memang tak nak pergi, tapi lama2 cam rasa exited pula. Bila lagi... jadi YANG TERPILIH :)

Akhirnya, kami pun pergi ke Kuantan Pahang dan menetap di Hotel Seri Malaysia. Encik Zack,Encik Wan (honeymoon nampaknya) dan Abang Nasir sama-sama menjadi urus setia dan pembimbing kami.Kalau tak da dorang, memang taklah aku kat sana. Sepanjang 4 hari di sana, cam2 yang aku pelajari mengenai puisi. Selain itu, cam2 jua perasaan yang aku alami sepanjang 4 hari kat sana.

Dua orang pembimbing luar telah sama-sama menjayakan Bengkel Deklamasi Puisi ini. Mereka adalah Prof. Rahman Shaari dan Marsli N.O., mereka adalah penulis dan deklamator yang begitu sinonim dengan dunia puisi.Masing-masing mempunyai kelebihan dalam membimbing kami sepanjang 4 hari di Kuantan. Prof. Rahman Shaari lebih tenang, lembut dan memberi ruang kepada kami dalam mempelajari puisi.Marsli N.O lebih kepada cara penyampaian vokal dan kelantangan suara. Ini telah menjadikan kami, lebih peka mengenali selok belok menjadi deklamator. Selain itu, Abang Rosman jua menjadi pembimbing kami dalam memantapkan persembahan dari segi ruang, pergerakan dan suara. Paling best bila belajar cara-cara ala Teater.

TAK BOLEH LUPA : Bila menangis kat pentas... ASTAGA. MALUNYA. Rasa nak pecut balik KL.

Sememangnya, bengkel ini banyak mengajar aku hidup berdikari dan paling penting menjadikan aku lebih berani dan tampil dalam khayalak.Bukan senang menjadi deklamator, tetapi tidak susah menjadi deklamator. Tempoh 4 hari... masa yang agak singkat, mempelajari semua perkara dalam pembacaan puisi.

Pelbagai pengalaman yang aku dapat bersama kawan-kawan. Ada yang best, ada yang wat aku ketawa, ada yang buat aku jadi sensitif dan ada jua yang buat aku teruja. Sebelum balik, kami sempat bergambar dan meluangkan sedikit masa ke TC (Teluk Cempedak).

Pengalaman begini mungkin tidak akan berulang lagi. Pasti aku merindui saat-saat bengkel ini.

5 komen bole...x komen x apa:

MARSLI N.O berkata...

Salam. Yang penting berkaya dan menulis terus. Yang selain itu hanya angin dan debu.

Marsli N.O
Februari 21, 2009

Eva Sardiyanti Sarudin berkata...

~ kamu ada tak buku 'tuhan, izinkan aku jadi pelacur' tu? macam best je ceritanya... tajuk dia gah sangat.

Sari Dahlia berkata...

ada...epa nak pinjam ke?nti org bagi ya...cita dia memang best tapi pening cikit lah..

najwa nova berkata...

gadis cantikqkan

najwa nova berkata...

sayang sari

© SARI MEI LENN - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart