06 Mac 2009

Tuhanku...Aku hilang bentuk



Semasa kelas Mak Yong...2 mesej diterima, mengenai Cikgu Zubir Ali. Terkejut dan terharu bila mesej itu mengatakan Al Fatihah untuk Hj Zubir Ali. Saya benar2 terkejut. Nasib baik gak, Mak Yung dah nak abis.Sedih mengenangkan Taico kami telah bertemu YANG ABADI, saya segera memberi mesej itu pada kawan2 penulisan yg lain. semua terkedu, semua membisu. Hilang lagi sebutir bintang yang banyak berjasa pada dunia seni negara.

Bagi sy dan kawan2, arwah yang kami kenali sebagai cikgu, Pak Zubir dan Encik Zubir byk mengajar kami cara2 penulisan lirik yg betul. Arwah membentuk kami menjadi penulis lirik yg berani menghasilkan karya dan seterusnya menjual karya tersebut.Untung kerana kami adalah pelajar penulisan yg terakhir berguru dengan cikgu. Selepas itu, junior lain...tidak berkesempatan berguru dengan arwah atas faktor kesihatan.Pengantinya jua tidak cukup hebat seperti cikgu Zubir.

Teringat kembali semasa kelas (semester 3)cikgu, sepanjang ingatan kami cikgu sangat rajin menghadiri kuliah, walaupun dari pandangan mata kasar..cikgu sebenarnya sakit. Selain itu,arwah sentiasa bergurau dengan kami. Antara kata-kata arwah yang membuat saya ketawa " Syed...skru kamu longgar ya, ada masalah"! kata-kata ini ditunjukan pada teman sekelas (Taufik) yang slalu menghuru-harakan kelas.Arwah jua kalau bercakap dgn saya (sering menggunakan perkataan BAH).Usikannya masih saya rindui.

semasa hari2 terakhir pembelajaran penulisan lirik, saya sempat bertemu dengan cikgu sambil membantu mgangkat laptopnya. Dia sentiasa memberi nasihat kepada kami. sememangnya cikgu adalah antara pensyarah kesayangan kami. ALFATIHAH untuk Hj Zubir Ali.

Lagu nyanyian Hj Zubir Ali yang paling disukai.

DOA

Tuhanku
Dalam termangu
Ku sebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh


Tuhanku cahayaMu
Panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi


Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
PintuMu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

# Cikgu, terima kasih kerana pernah memberi secebis lingkaran mindamu pada ku. Jasamu, terpahat dalam hati.

4 komen bole...x komen x apa:

benuasuluk berkata...

alfatihah untuknya.
kamu, yang masih belajar ini, kenanglah selalu pensyarah-pensyarahmu yang masih ada.

czuka @ someboy berkata...

Insya Allah,jasa dan bakti...akan kami ingat smapi bila2.

RainRose berkata...

~ kenangan bersama arwah masih lagi terbayang di minda dan bermain-main di mata...

Al-Fatihah untuk En. Zubir Ali

czuka @ someboy berkata...

arwah cikgu zubir, satu dlm sejuta.

© SARI MEI LENN - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart