21 Ogos 2009

AKU TINGGALKAN SESUATU TAPI...

Sejak aku kerja ni...macam2 yang aku tinggalkan...! sedih.. kehilangan sesuatu, bila sesuatu itu makin jauh... n jauh!

DULU...
- Aku adalah hantu novel, hampir setiap bulan aku keluarkan duit untuk beli novel. Tak kira novel apa... asal best dijiwa aku..itulah yang aku suka.
- Aku suka angan-angan, hampir setiap malam, aku nak jadi itu..nak jadi ini..he2.
- Aku gemar balas mesej sesiapa saja n gemar gayut malam2..hu2.
- Aku suka tengok internet n cari bahan2 yang menarik..sampai subuh!
- Aku peminat sukan...terutama bola sepak, badminton n formula one.
- Aku juga suka buat puisi n baca puisi terutama puisi Chairil Anwar n Usman Awang!
- Percaya atau tak...tiap malam, aku suka tengok bintang2 kat langit. CANTIK.
- Aku sebenarnya suka masak n makan...
- Aku juga suka lepak dengan kawan2 n cuci mata.
- Aku juga selalu minta duit...asyik2 duit ja, aku minta kat abg n kakak aku..!Bila dorang cakap berjimat...aku dah tarik muka.Sabarlah dapat adik macam aku ni.
- Aku memang tak reti jaga kesihatan!

KINI...
- Nampak novel pun, aku dah tak pandang banyak kali...apalagi nak belek.! Tak da FEEL
- Kalau dah abis wat skrip, aku tak da masa nak angan dah..terus ZZZZ
- Hanya mesej yang penting saja dilayan...yang merepek n merapu..GOOD BYE!
- Tengok internet pun dah jarang...tak da masa dah sampai subuh, semua sebab skrip!
- EPL, dah mula buka tirai. Tapi aku hanya tau dalam paper je! Aku dah lama x tengok bola terutama LIVERPOOL! UWAA.
- Buku2 Chairil Anwar dan Usman Awang terbiar begitu saja...
- Aku dah lama tak tengok bintang...rindunya.
- Masak? Buat Hal Ar.. aku dah penat...dah tak da masa nak masak! MAKAN? Aku dah tak kuat makan...he2. Perkembangan baik kan!
- Kawan2...aku dah lama x jumpa dorang! Kalau jumpa pun kejap saja!
- Duit! Aku dah mula pegang duit sendiri, aku bukan lagi adik manja..yang nak itu yang nak ini! Aku dah pandai berdikari..tapi tetap nak duit dorang lagi..he! Siapa lagi nak bagi duit kat aku...selain dorang!
- Aku dah jaga kesihatan, kalau sakit! Cepat2 rehat.


# Memang aku kehilangan sesuatu, tapi aku tau itu hanyalah sementara.Aku perlu berkorban.
# Aku nak beli macam2...dengan duit aku sendiri n aku nak jadi penulis skrip/novel yang berjaya. Insya Allah.
# Aku nak banggakan keluarga aku, aku nak mereka tahu yang aku bukan buang masa nak dalami kerjaya ini.Aku sungguh-sungguh.

- SEMUA NI ADALAH JASA PENSYARAH2KU YANG BANYAK MEMBERI AKU PELUANG UNTUK BELAJAR MENGENALI PENULISAN... TANPA MEREKA SIAPA AKU.

SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN. MOGA KITA DIBERKATINYA. AMIN.

3 komen bole...x komen x apa:

benuasuluk berkata...

apa barang liverpool dek! Arsenal lagi gempak!

Dari Gombak Ke Padang Merbok berkata...

Semua tu akan dirasai org yg berkerja cam kita ni hu3

Sari Dahlia berkata...

Amboi en wan...hampeh ar arsenal. liverpool best.

DKT - betul2...sakit jiwa wat skrip2 yang susah.

© SARI MEI LENN - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart