02 September 2009

PENGALAMAN BARU...










Syukur sangat2, HALIMAH JONGANG dah siap... tarik nafas lega! Insya Allah... bulan 1 atau 2...akan ditayangkan di ASTRO RIA/ASTRO PRIMA. Sedih rasanya... bila tulis scene terakhir dalam cite ni. Berbanding skrip pertama AHAN, aku lebih suka cerita HALIMAH JONGANG, coz inilah jiwa aku. Aku puas buat cerita in... walaupun banyak tekanan.

Selepas HJ, aku dengan kawan2 (Kak Nurul N Naim), terlibat dalam shooting untuk raya. Selama 4 hari aku macam orang biul yang tak tahu apa2 masa shooting ni, nasib baiklah ramai yang bantu aku. Perkara senang macam jaga radio pun aku tak reti... biulkan? Tapi lama2 aku dapat gak sesuaikan diri. Belum cuba, belum tahukan?. Aku dengan kawan2...buat set n wat props. Ada gak aku bantu lain2. Memang tak sama produksi layar/tv dan pentas. Aku lebih suka produksi pentas...he! Lum biasa kot.

Aku juga sempat jumpalah dengan artis2 lama yang suara mereka tetap maintain cam dulu2 gak. Aku suka sangat bila dapat jumpa dengan Rahimah Rahim n Ahmad Jais. Selain itu ada gak Hail Amir, Uji Rahsid, Dj Dave,Black Done Bone, Dato Yusni Hamid n ramai lagilah, Mereka memang best sangat. Tak rugi ikut shooting ni, walaupun penat.

Nantikan video2 klip lagu2 raya di saluran 180 (Astro)... 10 hari sebelum raya. Kwn2 akan nampak aku menjadi model untuk lagu Musafir Di Aidilfitri dan Selamat Hari Raya...he2.

Untuk minggu ni...aku nak rest... dan beli kuih raya untuk keluarga kat Sabah...!
Nak Enjoy....jalan2.

# Tapi nak olah pulak skrip Selipar Jepun Suria... best gak cerita ni.Akan ditayangkan oleh ASTRO...tak lama lagi.Tak sabar nak tengok...

3 komen bole...x komen x apa:

Eva Sardiyanti Sarudin berkata...

~ Wah, bertambah elok kehidupanmu sahabat! Alhamdulillah aku ucapkan moga-moga akan terus berkekalan.

Amirulanuar berkata...

alhamdullillah,
murah rezeki kau sari.
bila senang, yang susah jangan lupa....

;)

Sari Dahlia berkata...

rain rose - terima kasih sahabatku...semua ini kerana kalian sentiasa mendoakan diri ini.

mirul - aku tak lupa siapa2. Insya Allah. Rezeki2 ada dimana2,kau pun akan dapat rezeki itu.

© SARI MEI LENN - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart