30 Mei 2008

Terindah Di Jakarta


Selamat Tinggal Kota Jakarta


Senyum paksa ( coz dah kalah)


Nasi Padang dengan aneka resipi.

Media Indonesia temuramah kami ( Glamour kejap ni)



Malam Pertandingan Malaysia VS Banyu Asin (asyik2 pantun cinta)

Mohon sembah pembuka kata
Dari hamba menyimpul adat
Salam di hulur buat semua
Tanda kasih, kita bersahabat

Selamat Datang ke Indonesia…! Macam dalam mimpi je…bila aku dapat p sana. Cam2 perasaan aku alami…aku tak pernah terfikir nak p Jakarta (walaupun teringin)…tapi Pesta Pantun telah membuka jalan aku p sana..wpun banyak halangan sebenarnya (sikit lagi tak jadi pegi)… semuanya gara-gara passport.

Terima Kasih Tuhan.. kerna beri aku sedikit kebahagian ( sensitive lah pulak)..entahlah, aku lame tak rase bahagia cam ni sejak mama tinggalkan aku ( Al- Fatihah)..
Wah2..hapy giler ni! Aku, Arin, Fairuz, En Wan dan Abg Nasir ( nak juga ikut)…seminggu kat sana. Kami bertiga masing2 bawa dua baju (busana bangsawan) untuk pertandingan nanti…! Rasa berdebar pulak…yelah cuba lah bayangkan semua dah berumur…kami je yang muda. Lepas tu, mereka berpantun pun tak bawa kertas…kami btiga je yang bawa kertas. Tapi yang geramnya…juri semua dari Indonesia..! Wakil Malaysia hanya ASWARA. Lagi lah mengigil.Nasib baik ada gak wakil Brunei…tapi semua cam Pak Mail (pensyarah Wayang Kulit kat Ask)..hu2


Hari pertama kami dapat num 4 dari 12 penyertaan..(hebat gak)…bangganya aku dan kwan2. Tapi kejap ja…bangga tu, hari ke2 (gagal p suku akhir)..Uwaa…dah cantik2 pakai kostum ni. Sedihnya aku…cam tak adil pulak. Kami dah wat yang terbaik sangat…tapi kalah jua! Semua puji kami, semua suka dengan kami. Media kat sana banyak beri tumpuan kat team Malaysia…tapi kenapa kalah?..

Sebab apa?...kami bawa kertas masa bertanding, itu alasan paling logika bagi penganjur. Tension En Wan, geram aku dan kawan2. Tapi aku rasa itu bukan alasan yang kuat,mungkin ada sebab lain. X pelah adat bertanding. Sedih2 pun…soknya abng Nasir bawa p Bandung…(Yahoo..)…tapi aku tetap sedih…aku tak dapat wat betul2 untuk ASWARA. Alah yang penting kami paling popular…dan ada kualiti dalam penyedian pantun2 yang disediakan oleh En Wan (Thanks En Wan)...! Nasib baik En Wan tak buang pasport lagi ( Kalau dia buang... jadi pelarian lah kat sini)

Best gak p Bandung, dapat beli barang ( semua murah2), dapat p Kubang Perahu…cantiknya kawasan tu..penuh sejarah dan sejuk. Kami jua sempat p tempat2 yang menarik. Paling penting aku angkut banyak buku dari Jakarta termasuk novel terhangat Ayat-ayat cinta dan buku puisi yang aku cari kat KL tak pernah dapat ( Puisi Chairil Anwar) dan yang penting sekali adalah ole2 untuk kawan2.

Banyak pengalaman aku dapat p Indonesia. Semuanya indah…semuanya buat aku suka banget p sana, Cuma Indonesia (Jakarta)…penuh dengan kesesakan…Ya Ampun…sesaknya menakutkan! Makanan jua ok…tapi aku tak dapat dan tak akan dapat menyesuaikan diri dengan nasi padang. (perut aku x leh terima), tapi soto Jakarta…emmm…memang sedap..sedap sangat.
Dah seminggu p sini, akhirnya balik p KL jua.



Sempat jalan2 kat Kubang Perahu..
Selamat Tinggal Jakarta. Tak tahu bila nak p sini lagi. Selamat Tinggal Andi (kamu baik banget sih dengan gue)…

* Buat bekas Ketua Jabatan Penulisan ASWARA Encik Zack..tima kasih kerana pilih kami bertiga.






0 komen bole...x komen x apa:

© SARI MEI LENN - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart