08 September 2008

PUASA DAN NOVEL





Perkataan yang cantik ALLAH, Lagu yang merdu AZAN,Novel yang menarik AL- QURAN, Senaman yang baik SEMBAHYANG dan Diet yang mujarab PUASA.

Dah seminggu kita berpuasa dan beberapa minggu lagi kita akan menyambut bulan Syawal. Emm, tak sabar rasanya beraya… apalagi makan macam2 makanan. Aku paling suka biskut Tart Nenas, Dodol, dan Rendang bersama Ketupat. Tak lengkap raya, tanpa menu2 ni. Pagi raya…nilah yang aku cari…! Sepanjang bulan Ramadan jua macam2 menu yang aku rasa, semuanya aku bedal… yang penting perut aku kenyang. Tapi aku suka sangat Ayam Percik dan MartabaK Jawa ( susahlah nak jumpa kat KL), kat Sabah adalah…hu2…JAUHNYA
Selain itu, cam2 gak aktiviti aku wat antaranya adalah menyediakan idea untuk PETA, menyediakan Proposal , buat biografi kat Utusan Malaysia dan Teater Gema Merdeka. Aku paling risau pasal biografi dan proposal ni…pening2!

Bulan ni gak, aku banyak sekali lepak kat umah. Bilalah dapat sembahyang Tarawih ni? Lepak… kat umah, aku sempatlah baca Novel Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani. Cover kulit novel ni buat aku tertarik.. nak baca. First time baca, otak aku dah beku… tak paham! Karya2 Faisal Tehrani memang buat aku jap sawan, jap bingung! Tapi aku nak baca gak, ada sesuatu yang menarik dalam novel ni, apalagi bila novel ini diceritakan oleh seekor kucing bernama Manira dan penceritaan penulis mengenai fesyen dan busana2 Melayu. Pasti penulis membuat kajian yang mendalam mengenai busana2 semasa zaman Melaka, kerana apa yang ditulis dalam novel Manikam Kalbu mengenai busana dan fesyen zaman silam begitu kompleks dan menarik. Penat sebenarnya membaca novel ini kerana banyak kata-kata kiasan yang diadun dalam dua zaman yang berbeza. Kejap kita berada di zaman moden, jap lagi kita akan menyusuri ke zaman silam. Novel Manikam Kalbu seperti novel Bagaikan Puteri karya Awang Murshid. Imiginasi yang tinggi diperlukan dalam penghasilan novel2 sebegini. Memang layak, novel Manikam Kalbu ni menang dalam Jubli Emas DBP. Aku jua sempat membaca dua novel iaitu Badai Semalam dan Tuhan, Izinkan Aku Menjadi Pelacur.

Aku dah banyak kali baca Badai Semalam, tapi apa mimpi… aku baca balik novel Badai Semalam ni..he2. Novel Tuhan, Izinkan Aku Menjadi Pelacur…. Sedih sangat baca novel ni. Tajuknya saja dah mengambarkan kehidupan yang perit dan menyedihkan!!! Namun novel ni agak berbelit plotnya...tapi cover dan judul novel menarik dan buat orang tertarik nak baca.

Dalam masa tiga hari, aku baca novel2 ni.Otak aku pun dah biul, asyik mengadap buku. Tapi aku memang tak boleh hidup tanpa membaca. Baca…baca…baca!

Kalau PETA dapat wat Antologi Cerpen, akulah paling bahagia sekali. Tapi…..?

Aku nak cari novel lama tajuk dia Putih karya Othman Puteh.

1 komen bole...x komen x apa:

Unknown berkata...

salam aidilfitri & maaf zahir batin

© SARI MEI LENN - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart