26 Januari 2010

SURAT UNTUK KALIAN

SALAM,MyEm0.Com


Terima Kasih kerana membenarkan saya menjadi Co Writer dan seterusnya Penulis Skrip di tempat anda, saya sangat bangga kerana dapat bekerja di tempat ini. Satu pengalaman yang sukar saya lupakan. Impian saya menjadi penulis akhirnya menjadi kenyataan apabila bekerja di tempat kalian. Kalian menjaga saya dengan baik. Kalian sepeti abang2 saya..yg macam2 karenah. Pahit manis... saya rasai. Pahit? saya jadikan dugaan untuk menempuhi segala cabaran ini. Manis? saya jadikan ingatan yang tidak akan luput sampai bila-bila.

Bermula di sini (bulan 7) dan berakhir di sini (bulan 1).Hampir 7 bulan,saya menjadi sebahagaian daripada syarikat ini. Saya memerah otak menghasilkan beberapa skrip untuk TV, saya mengikut beberapa aktiviti produksi (shooting, video koporat, clip video) dan macam2 lagi. Kini... saya dah tau serba sedikit,tugas di sebalik produksi drama. Walaupun ada sebahagian... keadaaan... mencalarkan hati saya, merumitkan jiwa saya, membuat saya putus asa.. tetapi tidak apa.Dah adat... mungkin jua kelemahan saya. Semua saya lakukan...jua dengan bantuan kalian, dengan semangat yang kalian berikan. Terima Kasih.

Tapi... saya harus berhenti. Bukan berhenti menjadi penulis... bukan jua berhenti dalam bidang ini. Saya harus menerokai bidang lain. Saya tau, sebab kalian... nama saya mula dikenali, sebab kalian, saya bukan lagi budak yang tidak pandai mencari peluang, sebab kalian... saya mula bijak... merebut apa saja rezeki yang menjelma. Jangan pernah kata... saya lupa daratan, jangan pernah kata saya lupakan jasa2 kalian. Jangan pernah kata begitu. Saya masih waras... untuk melupakan jasa kalian.

Akhir kata,
Saya tetap bekerja ditempat kalian, tetapi saya minta maaf kerana tidak dapat menjaga kalian setiap hari. Ada kalian lain... yang memerlukan kudrat saya yang tidak seberapa ini.Dan... saya tetap Penulis Skrip ABC :), cuma masa membataskan saya untuk berjumpa kalian selalu. Maafkan saya.. jika selama ini,tingkah laku saya yang kuat memberontak,mood x menentu, tak pandai wat kerja selain skrip dan buat hal sendiri pernah... buat kalian terasa. Paling utama.. TERIMA KASIH kerana mengiktiraf bakat saya selama ini.

Benarkah Penulis Skrip x ada royalti? Tak pernah tau pulak selama ini.

# Baru sebentar tadi... kita jumpa Pak Ajis (Aziz Satar)...sgt.. sgt seronok..:)Terima Kasih bagi saya peluang lagi.
# Apa agaknya present yg aku bakal terima dr my sis n mereka... 31 ni, arap2 bukan hadiah cam umur 16 tahun..emm
# Wei... napa banyak betul anjing2 kat area Cheras ni. Takutnya!!
MyEm0.Com

4 komen bole...x komen x apa:

aim berkata...

ayooo gadiss..mmm manjakan gadis...terrrrukkkkkk banyak anjing...kancil pg mana?



jom karoke..sye agknyer blk rumah time raya cina..

aim berkata...

gluck akak moga impian tuk jd penuulis tercapai...


hadapi dgn senyuman..tiap terjadi akan terjadi...


-aim

Sari Dahlia berkata...

kancil..entah kat mana. dah kena buli kot dgn anjing2 sewel kat cheras tu..!!

koroke seyjaa dia ni. shortfilm dah siap..lum. wat tu dulu..baru enjoy..

aim..aim..(bos panggil im)

Che Mulan berkata...

hadapi dgn senyuman ="]

© SARI MEI LENN - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart